SEDEKAH PALING MUDAH



Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati, duniamu kan berseri…

Kita mungkin mengeluh bagaimana hendak menderma sedangkan duit nak makan pun tidak cukup. Sebenarnya kita telah silap kerana begitu banyak sedekah yang boleh dilakukan oleh manusia dan bukan sekadar memberi sedekah dengan wang ringgit. Kadang-kadang kita tidak ikhlas memberi sedekah yang hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Namun dengan hanya pergerakan fitrah mulut kita iaitu senyuman sudah cukup untuk memberi sedekah yang penuh keikhlasan.  Banyak hadis yang mengatakan bahawa sekadar senyum sesama manusia merupakan satu sedekah seperti diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari;


Ucapan yang baik itu adalah sedekah

Iman At-Tarmizi turut meriwayatkan bahawa;

Senyumanmu dimuka saudaramu adalah sedekah

Betapa indahnya kehidupan seharian kita jika diselitkan senyuman sesama kita. Justeru itu, jom kita serikan hari kita dengan senyuman walaupun kita dilanda musibah. Percayalah bahawa senyum memberikan kita kesihatan, ketenangan dan mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Ulasan