Liabiliti
Liabiliti mengikut bahasa ialah tanggungan oleh perniagaan. Ia melibatkan tanggungan jangka pendek dan jangka panjang. Kedudukan dalam lejar/akaun adalah di sebelah kredit. Maksud kredit di sini ialah apabila berlaku penambahan dalam butiran liabiliti, ia mesti direkod di bahagian kredit. di penyata kewangan, liabiliti berada di Penyata Kedudukan kewangan. Liabiliti terbahagi kepada dua iaitu;
1. Liabiliti semasa
Liabiliti semasa merupakan tanggungan jangka pendek iaitu kurang daripada setahun.
contoh liabiliti bukan semasa ialah
i. Akaun belum bayar
ii. Pinjaman (kurang daripada setahun)
iii. Belanja-belanja belum bayar (contoh belanja sewa, kadar bayaran, faedah pinjaman dan lain-lain)
iv. Hasil-hasil belum terperoleh/ terdahulu (contoh hasil ialah komisen, sewa diterima, faedah simpanan dan lain-lain)
v. Bank (overdraf)
2. Liabiliti bukan semasa
Liabiliti bukan semasa merupakan tanggungan jangka panjang iaitu lebih daripada setahun. di dalam Penyata kedudukan kewangan, lokasi berada selepas Ekuiti pemilik. Contoh liabiliti bukan semasa ialah;
i. Pinjaman bank (lebih daripada setahun)
ii. Gadai janji
Semoga perkongsian ini dapat menambahkan pemahaman anda. Selamat mengulangkaji

Ulasan