Kerja Kursus Prinsip Perakaunan 2021


Alhamdulillah soalan kerja kursus 3756/3 pada tahun ini ialah pelajar memulakan perniagaan membuka kios menjual burger. Pelajar perlu menggunakan soalan yang telah dimurnikan kerana terdapat perubahan yang melibatkan sensitiviti kaum iaitu daging burger ditukarkan kepada benjo. 

Gambaran kepada soalan tahun ini, dengan bermodalkan wang simpanan, pelajar perlu menyelesaikan urus niaga yang telah disediakan di lampiran soalan. 

Bagaimana nak mulakan? Cadangan saya perlu diselesaikan terlebih dahulu berapa perlu dijual berdasarkan kuantiti inventori yang ada ( rujuk Lampran C dan Lampiran D).  Ia penting untuk menjadikan tugasan yang dibuat adalah relevan kerana jumlah pembelian inventori telah ditetapkan. 

Berikut merupakan soalan asal, soalan yang telah dimurnikan dan panduan pelaksanaan. Semoga bermanfaat

Soalan asal (rujukan untuk melihat perubahan)

Pemurnian Soalan (gunakan soalan ini) 

Panduan pelaksanaan

Ulasan