PROGRAM PERAKAUNAN DI KOLEJ VOKASIONAL

 Assalamualaikum wbt. Program Perakaunan merupakan program yang ditawarkan di Kolej Vokasional (KV) di bawah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasioanal (BPLTV) dengan mendapat Persijilan Kemahiran (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Terdapat 22 KV yang menawarkan Program Perakaunan di seluruh Malaysia (Rujuk link BPLTV) . Pelajar akan mempelajari selama 2 tahun (4 semester) bermula umur 16 hingga 17 tahun. Berbeza dengan sistem SPM yang menggunakan buku teks Tingkatan 4 dan 5, KV memecahkan sistem dengan 4 semester dengan menawarkan 16 kursus di mana setiap semester mempunyai 4 kursus. Kursus ini tidak termasuk kursus akademik yang diwajibkan di KV. 



Selepas memperolehi SKM dan SVM (setara SPM), pelajar layak untuk menyambung 2 tahun lagi tahap Diploma di KV. Diploma perakaunan ini adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 

Perakaunan di KV lebih menfokuskan kepada kepada kemahiran amali yang membolehkan pelajar bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan, berbanding Prinsip Perakaunan SPM lebih kepada teori yang membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma di IPTA dan IPTS serta ACCA di UITM.

InsyaALLAH saya akan kemaskini penilisan ini..

Ulasan